Close

Microsoft akan tamatkan sokongan Windows 10 pada 14 Oktober ini

Microsoft akan menamatkan sokongan rasmi untuk sistem operasi Windows 10 pada 14 Oktober 2025.

Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh menggunakan Windows 10 seperti biasa selepas tarikh tersebut, namun Microsoft tidak lagi akan memberikan bantuan teknikal, kemas kini ciri dan juga kemas kini keselamatan.

Namun begitu, pengguna mempunyai pilihan untuk kekal menerima kemas kini dengan menyertai Windows 10 ESU (Extended Security Updates), menawarkan kemas kini keselamatan untuk tempoh setahun lagi.

Microsoft mengesyorkan pengguna untuk menaik taraf kepada Windows 11 yang menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih moden, cekap dan selamat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN