Selepas beberapa bulan tiba di pasaran, Apple dilaporkan mengurangkan pengeluaran dan penghantaran untuk iPhone Air.

Menurut maklumat, permintaan untuk iPhone Air dikatakan lebih rendah daripada yang dijangka. Disebabkan permintaan yang rendah, Apple merancang untuk mengurangkan pengeluaran iPhone Air sebanyak 1 juta.

Model baru yang juga model keempat dalam barisan iPhone dilihat gagal mencapai jangkaan yang ditetapkan oleh Apple, seperti mana model sebelumnya. Apple dikatakan masih lagi mencari resipi atau ramun terbaik untuk model keempat mereka.

Walau bagaimanapun, permintaan untuk siri iPhone 17 dilihat meningkat lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya. Dua model iaitu iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max dikatakan menerima peningkatan permintaan yang tinggi, menyebabkan Apple terpaksa meningkatkan pengeluarannya.