Insta360 kini menawarkan kamera aksi yang lebih mampu milik dan kompak melalui model Insta360 X4 Air. Kamera aksi ini dibina untuk pengguna aktif, vlogger atau pencipta kandungan.


Insta360 X4 Air hadir dengan rekaan yang kompak dan juga ringan dengan berat hanya 165 gram sahaja. Menawarkan kemampuan rakaman sehingga 8K 30fps dengan sensor sensor 1/1.8 inci berkembar. Untuk rakaman imej, ia hadir dengan sensor 29MP dengan resolusi 7680×3840.

Kamera aksi ini turut menyokong pelbagai ciri menarik seperti FlowState dan Horizon Lock untuk rakaman yang lebih lancar. Selain itu, terdapat juga ciri InstaFrame yang membolehkan rakaman serentak dibuat dalam format 360 dan video biasa.

Dari segi ketahanan, X4 Air mampu bertahan pada kedalaman sehingga 15 meter tanpa aksesori dan mencapai kedalaman sehingga 60 meter dengan aksesori kerangka khas. Dimuatkan dengan kapasiti bateri 2010mAh yang mampu merakam video sehingga 88 minit dalam resolusi 8K 30fps.
Seperti mana Insta360 X5, X4 Air turut menyokong kebolehan untuk menukar ganti lensa dan juga mempunyai wing guard. Di Malaysia, Insta360 X4 Air dijual pada harga bermula RM1599 (standard bundle) dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black dan Arctic White.