Close

70Mai perkenal dua Dash Cam baru ke pasaran Malaysia – A810s 4K dan M800 4K

70Mai Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua model dash cam atau kamera papan pemuka baru iaitu A810s 4K Dash Cam dan M800 4K Dash Cam.

Untuk A810s 4K Dash Cam, ia hadir dengan sensor Sony Starvis 2 yang menyokong rakaman 4K Ultra-HD. Bukan itu sahaja, sensor ini turut menjanjikan prestasi terbaik untuk keadaan cahaya rendah serta rakaman waktu malam.

Selain itu, ia turut juga menyokong sistem bantuan pemanduan (ADAS), GPS terbina, rakaman dwi-saluran dan sambungan 4G untuk akses masa nyata melalui aplikasi telefon pintar. Ciri yang turut dibawakan seperti 70Mai Lumi Vision, AI Motion Detection dan Heat-Resistant Supercapacitor.

Manakala untuk M800 4K Dash Cam, ia turut hadir dengan sensor Sony Starvis 2 yang menyokong rakaman 4K Ultra-HD dan rakaman HDR dwi-saluran. Dimuatkan dengan storan dalaman terbina yang menggunakan teknologi eMMC dengan kapasiti storan 128GB.

Dilengkapi dengan GPS terbina bersama dengan ciri rakaman berulang serta pengawasan tempat letak kereta 24 jam. Ciri lain yang turut dibawakan seperti 70Mai Lumi Vision, AI Motion Detection, Voice Control dan sambungan 4G untuk akses masa nyata.

Di Malaysia, A810s 4K Dash Cam dijual pada harga RM719 sementara M800 4K Dash Cam pula dijual pada harga RM969. Seiring dengan ketibaan, 70Mai menawarkan harga promosi RM599 untuk A810s 4K Dash Cam dan RM799 untuk M800 4K Dash Cam. Harga promosi ini hanya tersedia bermula 12 hingga 16 November 2025.

ARTIKEL BERKAITAN