Close

Rekaan siri HONOR 500 diperlihatkan – Guna rekaan iPhone Air dengan butang tambahan baru

HONOR secara rasmi berkongsi rekaan siri HONOR 500 yang akan dilancarkan tidak lama lagi di China. Hadir dengan rekaan mirip seperti iPhone Air dan juga Google Pixel.

Siri HONOR 500 tersedia dalam dua pilihan model iaitu HONOR 500 dan HONOR 500 Pro. Tampil dengan rekaan skrin jenis rata buka lagi jenis melengkung seperti model sebelumnya. Perkara paling menarik, rekaan modul kamera pada siri HONOR 500 mirip seperti iPhone Air atau Google Pixel.

Menggunakan rekaan modul kamera jenis melintang dengan sensor yang lebih banyak berbanding iPhone Air. Untuk model standard, terdapat dua bulatan kamera dengan satu sensor tambahan dan lampu flash. Sementara untuk model Pro, ia dilengkapi dengan tiga bulatan kamera dan lampu flash.

Selain itu, kedua-dua model turut dilengkapi dengan butang tambahan baru yang diletakkan di bawah butang kuasa. Butang tambahan tersebut mungkin butang kawalan untuk kamera atau akses pantas untuk fungsi tertentu.

Siri HONOR 500 akan ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Moonlight Silver, Obsidian Black, Starlight Powder dan Aquamarine.

ARTIKEL BERKAITAN