Close

4 sebab POCO F8 Ultra patut jadi pilihan

POCO mengemas kini penawaran peranti andalan mereka dengan memperkenalkan F8 Ultra. Berbeza dengan model sebelumnya, F8 Ultra tampil dengan pelbagai perubahan dan peningkatan yang lebih menarik.

Prestasi yang mengagumkan

POCO F8 Ultra menawarkan prestasi yang mengagumkan bukan sahaja untuk penggunaan berat tetapi juga untuk permainan. Peranti ini dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 512GB.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilengkapi dengan cip VisionBoost D8 yang menawarkan beberapa kemampuan yang lebih baik memfokuskan kepada permainan . Melaluinya, ia hadir menyokong ciri seperti Super Resolution, Smart Frame Rate dan Game HDR. Ketiga-tiga ciri ini berfungsi berjalan secara serentak untuk memberikan pengalaman visual yang lebih baik dan lebih lancar semasa bermain.

Merupakan model POCO pertama yang dimuatkan dengan sistem penyejuk 3D triple-layer IceLoop yang akan memastikan suhu peranti kekal optimum semasa melakukan tugasan berat atau bermain permainan. Kapasiti bateri pada peranti ini sememangnya cukup besar 6500mAh untuk pengunaan harian yang turut menyokong pengecasan 100W dengan satu isian penuh hanya memerlukan masa 38 minit sahaja.

Pembesar suara dari Bose

Selain prestasi yang mengagumkan, POCO F8 Ultra turut dimuatkan dengan sistem audio dari Bose dengan penambahan pembesar suara khusus sebagai subwoofer untuk pengalaman audio yang lebih terperinci dan bass yang lebih mendalam.

Subwoofer tersebut diletakkan di bahagian modul kamera dan terdapat perkataan ‘Sound by Bose’. POCO F8 Ultra merupakan fon pintar pertama yang dilengkapi dengan sistem audio 2.1 channel dengan subwoofer Bose terbina.

Secara keseluruhan, peranti ini dilengkapi dengan tiga sistem pembesar suara dengan satu subwoofer dan dua pembesar suara. Terdapat dua profil bunyi yang ditawarkan iaitu Dynamic dan Balanced yang boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis perkara seperti menonton movie, mendengar lagu atau bermain permainan.

Sistem kamera yang diperingkat

POCO F8 Ultra kini didatangkan dengan sistem kamera yang dipertingkat dan serba boleh. Apa yang boleh dikatakan, kamera peranti ini kini lebih versatile dan sesuai untuk pelbagai jenis gambar dan juga keadaan. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 50MP Ultra Lebar.

Kamera utama peranti ini menggunakan sensor Light Fusion 950 yang mampu memberikan hasil imej yang lebih terperinci dan lebih tajam biarpun pada keadaan kurang cahaya. Selain itu, terdapat 3 focal length yang berbeza iaitu 23mm, 28mm dan 35mm, setiap focal length menawarkan kualiti imej yang baik dan terperinci.

Untuk swafoto, POCO F8 Ultra dilengkapi dengan sensor 32MP yang mampu memberikan hasil yang baik untuk pelbagai situasa. Manakala untuk rakaman video, POCO F8 Ultra menyokong rakaman resolusi sehingga 8K 30fps.

Pakej yang menarik

POCO F8 Ultra turut didatangan dengan pakej yang menarik seperti teknologi skrin yang lebih maju, penarafan yang lebih baik dan menjalankan sistem operasi yang terkini. Untuk skrin, POCO F8 Ultra hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.9-inci yang menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3500 nits dan dilindungi dengan POCO Shield Glass.

Skrin peranti ini turut menyokong HDR10+, Dolby Vision, touch sampling rate pada 480Hz dan mempunyai tiga pensijilan TÜV. Kehadiran ciri ini memberikan pengalaman menonton yang lebih baik dan imersif. POCO F8 Ultra turut menyokong penarafan IP68 menjadikan peranti ini mampu bertahan terhadap debu dan air.

POCO F8 Ultra menjalankan sistem operasi baru iaitu HyperOS 3.0 yang dibina berasaskan Android 16. Sistem operasi ini membawakan beberapa penambahbaikan untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik. Turut hadir dengan kecerdasan buatan (AI) yang lebih pintar dan juga lebih responsif berbanding sebelumnya.

Selain POCO F8 Ultra, terdapat satu lagi pilihan model iaitu POCO F8 Pro. Model ini turut dengan pakej dan spesifikasi yang menarik dan dijual pada harga lebih mesra poket. POCO F8 Pro dijual pada harga bermula RM2499 (12GB + 256) dan RM2699 (12GB + 512GB). Turut ditawarkan pada harga promosi iiaitu RM2199 (12GB + 256GB) dan RM2299 (12GB + 512GB).

Di Malaysia, POCO F8 Ultra ia dijual pada harga bermula RM3199 (12GB + 256GB) dan RM3599 (16GB + 512GB). Bersempena dengan ketibaannya, peranti ini ditawarkan dengan harga diskaun iaitu RM2799 untuk (12GB + 256GB) dan RM3199 untuk (16GB + 512GB). Bukan itu sahaja, pembeli terawal akan turut menerima Redmi Pad SE secara percuma yang bernilai RM499.

ARTIKEL BERKAITAN