Close

Log masuk aplikasi MyJPJ akan guna MyDigital ID – Berkuat kuasa 1 Februari 2026

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi MyJPJ untuk berkuatkuasa 1 Februari 2026.

Perlaksanaan tersebut akan terpakai kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Penggunaan log masuk melalui MyDigital ID akan menggantikan penggunaan kata laluan sedia ada. Perlaksanaan ini dibuat bagi mengelakkan pembukaan akaun palsu serta akses yang tidak sah ke dalam sistem MyJPJ.

Manakala, untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke bawah serta pemegang kad MyPR log masuk akan dilakukan melalui pautan khas yang memerlukan pengguna memasukkan nombor MyKad/MyPR dan kata laluan.

Seiring dengan perlaksanaan tersebut, JPJ menyarankan pengguna untuk mendaftar bagi memastikan kelancaran dalam penggunaan aplikasi MyJPJ. Buat yang tidak mengetahui, MyDigital ID merupakan sistem pengesahan pengenalan diri digital yang diwujudkan untuk keselamatan dan kecekapan urusan dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN