Close

HUAWEI Mate X7 akan tiba ke pasaran global pada 11 Disember

HUAWEI mengesahkan fon lipat baru mereka iaitu Mate X7 akan tiba ke pasaran global pada 11 Disember 2025.

HUAWEI Mate X7 telahpun diperkenalkan ke pasaran China pada 26 November lalu, hadir dengan beberapa peningkatan menarik seperti rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan menyokong penarafan yang lebih baik.

HUAWEI Mate X7 hanya setebal 9.5mm apabila dilipat dan menjadi 4.5mm apabila dibuka. Berat keseluruhan peranti ini adalah sekitar 235 gram iaitu 4gram lebih ringan berbanding Mate X6.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9030 Pro yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Dilengkapi dengan kapasiti bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Dubai akan menjadi lokasi pilihan untuk pelancaran Mate X7 ke pasaran global. Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan turut ditawarkan ke pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN