Infinix mengumumkan kerjasama dengan Pininfarina, merupakan syarikat reka bentuk Itali terkenal yang pernah menghasilkan rekaan untuk Ferari, Maserati dan Alfa Romeo.

Melalui kerjasama ini, Pininfarina akan menggunakan pengalaman dalam seni reka untuk menghasilkan rekaan bagi model Note 60 Ultra. Sentuhan dan kerjasama ini bakal meletakkan standard baru dalam rekaan telefon pintar premium.
CEO kepada Infinix iaitu Tony Zhao, berkata kerjasama ini merupakan satu langkah besar dalam memperkukuh asas reka bentuk untuk produk masa depan Infinix, bermula dengan siri Note 60. Pininfarina pula menyatakan kerjasama ini memberi peluang untuk menggabungkan warisan reka bentuk Itali ke dalam dunia teknologi.
Model dengan kerjasama ini dijangka akan diperkenalkan sekitar tahun 2026. Tiada maklumat mengenai terperinci mengenai ketibaan dan spesifikasi yang akan digunakan pada peranti ini.