Xiaomi bakal menjadi pengeluar seterusnya yang akan memperkenalkan fon tri-lipat selepas HUAWEI dan Samsung.

Menurut laporan, nombor model 2608BPX34C yang didakwa sebagai fon tri-lipat dari Xiaomi telah dikesan melepasi pangkalan data Global System for Mobile Communications Association (GSMA). Model tersebut dijangka akan dikenali sebagai Xiaomi Mix TriFold.

Sebelum ini, telah ada beberapa maklumat awal mengenai rekaan peranti didedahkan. Berdasarkan maklumat tersebut, memperlihatkan Xiaomi Mix TriFold menggunakan konsep lipatan yang sama seperti HUAWEI Mate XT Ultimate.
Malangnya tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi, namun jika merujuk kepada pangkalan data peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon siri 8 dengan sistem tiga kamera belakang.
Terdapat laporan mendedahkan Xiaomi Mix TriFold akan diperkenalkan seawal Q3 2026, bakal menjadi pesaing kepada HUAWEI dan juga Samsung.