Close

Xiaomi 17 mungkin tiba ke pasaran global pada Januari 2026

Xiaomi 17 mungkin akan tiba ke pasaran global pada sekitar Januari 2026, peranti ini telahpun diperkenalkan pada September di China.

Menurut maklumat, model global untuk Xiaomi 17 iaitu 25113PN0EC telah dikesan pada aplikasi penanda aras Geekbench. Xiaomi 17 untuk pasaran global akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 12GB RAM serta menjalankan Android 16.

Selain itu, skor penanda aras untuk peranti tersebut turut diedahkan dengan skor yang diperolehi adalah 3176 untuk teras tunggal dan 10,010 untuk multi teras. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan menggunakan spesifikasi yang seperti versi China atau sebaliknya.

Sekiran laporan ini tepat, Xiaomi 17 akan diperkenalkan lebih awal berbanding siri Samsung Galaxy S26.

ARTIKEL BERKAITAN