Close

Ayaneo Pocket Play diperlihatkan – Rekaan mirip Sony Xperia Play

Ayaneo secara rasmi memperlihatkan peranti baru mereka yang dikenali sebagai Pocket Play. Peranti ini memfokuskan kepada permainan dan paling menarik ia menjalankan sistem operasi Android.

Pocket Play menggunakan rekaan mirip seperti Sony Xperia Play yang diperkenalkan pada 2011. Peranti ini dilengkapi dengan alat kawalan fizikal jenis slide-out, boleh disembunyikan apabila tidak digunakan.

Pada alat kawalan tersebut terdapat beberapa butang yang dimuatkan seperti D-pad, butang ABXY, butang trigger dan juga dua touchpad yang berfungsi sebagai joystick. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan pembesar suara jenis stereo, port USB-C, dwi-kamera beakang dan ditawarkan dalam dua pilihan warna hitam atau putih.

Malangnya, tiada maklumat terperinci mengenai spesifikasi yang dikongsi buat masa ini. Pocket Play dijangka akan ditawarkan tidak lama lagi melalui Kickstarter. Ayaneo dilihat cuba mengembalikan kembali konsep telefon + konsol dalam bentuk yang lebih moden dan juga premium.

ARTIKEL BERKAITAN