Close

Kerajaan umum diskaun tol 50% sempena perayaan Hari Krismas – 23 dan 24 Disember 2025

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan pemberian diskaun tol 50% selama dua hari pada 23 dan 24 Disember 2025 bersempena dengan sambutan perayaan Hari Krismas.

Diskaun tol 50% ini diberikan kepada semua kenderaan persendirian (kelas 1) di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu plaza tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Leburahraya Utara Selatan (PLUS) dan plaza tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Pemberian diskaun tol ini bermula pada jam 12.01 am, 23 Disember 2025 (Selesa) dan berakhir pada jam 11.59 pm , 24 Disember 2025 (Rabu). Pemberian diskaun ini dianggarkan menelan kos sekitar RM20.65 juta dengan bayaran pampasan akan diberi kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

Pemberian diskaun tol 50% ini adalah untuk meringankan sebahagian dari beban kos perjalanan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman. Selain itu, semua pengguna lebuh raya diharap dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

ARTIKEL BERKAITAN