Close

CelcomDigi umum PhoneFIX – Pelan pembaikan peranti dengan harga RM3 sebulan

CelcomDigi menjadi syarikat telco pertama di Malaysia hadir dengan penawaran pelan pembaikan peranti melalui PhoneFIX.

PhoneFIX merupakan pelan pembaikan peranti yang ditawarkan secara langganan dan tersedia untuk semua peranti termasuk peranti yang tidak dibeli dari CelcomDigi. Pelan ini direka untuk memudahkan pengguna menangani masalah seperti skrin retak atau bateri rosak tanpa perlu risau kos pembaikan yang tinggi.

Pelan ini ditawarkan pada harga serendah RM3 sebulan dengan bulan pertama hanya RM1 sempena promosi. CelcomDigi bekerjasama dengan Swap Asia untuk menawarkan PhoneFIX, menjanjikan pembaikan yang pantas dan boleh disiapkan pada hari yang sama.

Pelan ini boleh dilanggan dengan mudah melalui aplikasi CelcomDigi. Pengguna hanya perlu mengimbas peranti dan mengaktifkan pelan PhoneFIX dengan harga langganan RM1 untuk bulan pertama. Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini, boleh layari laman rasmi CelcomDigi.

ARTIKEL BERKAITAN