Google akan memperkenalkan ciri baru yang membolehkan pengguna menukar atau menambah alamat emel tanpa perlu membuka akaun Google baru.
Melalui ciri ini, Google membenarkan pengguna untuk menambah alamat emel baru sebagai ‘alias’ kepada akaun sedia ada. Alamat emel lama atau sedia ada tidak akan dipadam dan masih kekal aktif. Perkara lain seperti data, tetapan dan perkhidmatan Google akan terus menggunakan akaun yang sama.
Pengguna hanya boleh menambah satu alamat emel baru setiap 12 bulan dengan had maksimum tiga alamat emel yang boleh ditambah. Bermakna, satu akaun Google boleh disambungkan dengan empat alamat emel secara keseluruhan. Sebagai contoh, pengguna boleh menukar atau menambah alamat emel [email protected] kepada yang lebih profesional seperti [email protected].
Walau bagaimanapun, alamat emel yang telah ditambah tidak boleh dipadam. Ketibaan ciri ini membolehkan pengguna mengurus emel dengan lebih baik tanpa perlu melakukan log masuk atau keluar antara akaun.
Ciri ini dijangka akan tiba secara berperingkat kepada semua pengguna sebelum tersedia untuk semua pengguna.