HONOR secara rasmi memperkenalkan dua model baru iaitu HONOR Win dan Win RT di China. Kedua-dua model ini memfokuskan kepada permainan tampil dengan spesfikasi yang menarik.

HONOR Win dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, manakala untuk HONOR Win RT ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite. Kedua-dua model ini dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LDPRR5X Ultra dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Kedua-dua peranti ini berkongsi skrin yang sama hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 185Hz, kecerahan puncak sehingga 6000 nits dan PWM dimming pada 5920Hz.

Perkara paling menarik mengenai peranti ini, ia dilengkapi dengan kipas penyejuk terbina yang diletakkan pada modul kamera belakang. Kipas penyejuk ini mampu berpusing pada kelajuan 25,000 rpm, direka untuk mengekalkan suhu peranti pada paras yang optimum.
Kedua-dua peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri yang sama iaitu 10,000mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar. Untuk HONOR Win, ia turut menyokong pengecasan 80W tanpa wayar. Selain itu, kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi Magic UI 10 yang berasaskan kepada Android 16.

Di China, siri HONOR Win dijual pada harga bermula sekitar CNY2999 (RM1554). Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan turut ditawarkan ke pasaran global atau sebaliknya.