Close

Samsung memperlihatkan teknologi skrin lipat tanpa ‘crease’ di CES 2026

Samsung melalui acara CES 2026 telah memperlihatkan teknologi skrin lipat tanpa kesan lipatan yang ketara atau jelas.

Teknologi skrin lipat ini dipanggil sebagai Samsung Mont Flex, direka tanpa kesan lipatan yang ketara dan rata secara mekanikal. Skrin ini turut dilihat menggunakan rekaan bingkai yang lebih nipis. Kesan lipatan yang kurang dapat memberikan pengalaman skrin yang lebih baik seperti fon biasa.

Selain itu, skrin lipat ini dikatakan menyokong teknologi under-display camera yang membolehkan Samsung menggunakan rekaan skrin penuh tanpa notch atau punch hole. Teknologi ini dijangka akan mula digunakan pada fon lipat Samsung seterusnya iaitu Galaxy Z Fold8.

Selain Galaxy Z Fold8, Apple dijangka akan turut menggunakan teknologi pada fon lipat pertama mereka iaitu iPhone Fold. Masalah kesan lipatan yang ketara pada skrin lipat boleh dikatakan isu yang belum dapat diselesaikan. Namun, dengan teknologi ini ia berpotensi mengubah landskap fon lipat tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN