Razer secara rasmi memperlihatkan Project Motoko, merupakan fon kepala tanpa wayar berasaskan kepada AI yang dilengkapi dengan kamera terbina.
Experience the future of wearable AI with Razer Project Motoko: https://t.co/RrkRm6KHnR
— R Λ Z Ξ R (@Razer) January 6, 2026
Razer Project Motoko lets you see and interact with the world differently – faster, smarter, and in real time. Powered by Snapdragon, Razer Project Motoko is designed to seamlessly integrate… pic.twitter.com/8vIHO42DHA
Project Motoko dikuasakan dengan cip dari Snapdragon direka untuk mengabungkan elemen permainan, gaya hidup dan produktiviti dalam satu platform pintar yang berasaskan kepada AI. Perkara unik pada peranti ini adalah, terdapat kamera yang diletakkan pada paras mata pengguna yang mampu mengesan objek dan teks secara masa nyata.

Kemampuan peranti turut diperlihatkan mampu menterjemah papan tanda, mengira ulangan senaman di gim, serta meringkaskan dokumen secara terus. Selain kamera, fon kepala ini turut dilengkapi dua mikrofon terbina yang berfungsi serentak untuk menangkap arahan suara serta perbualan di sekeliling pengguna.

Menurut Razer, sistem AI dalam Project Motoko mampu mentafsir dan memberi respons dengan pantas, bertindak sebagai pembantu AI sepenuh masa yang menyesuaikan diri dengan jadual, keutamaan dan tabiat pengguna.
Selain itu, Project Motoko boleh berhubung dengan pelbagai platform AI popular seperti Grok, ChatGPT dan Gemini. Walau bagaimanapun, Project Motoko masih lagi dalam fasa peranti konsep dan bukan produk komersial buat masa ini.