Close

Siri POCO M8 5G tiba di Malaysia dengan harga bermula RM999

POCO secara rasmi memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan melalui model siri POCO M8. Hadir dengan dua pilihan model iaitu POCO M8 5G dan POCO M8 Pro 5G.

Siri POCO M8 merupakan peranti kelas pertengahan yang menampilkan gabungan spesifikasi menarik dengan fokus kepada paparan, prestasi dan ketahanan bateri. Untuk POCO M8 5G, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci yang menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 3200 nits.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 2.2. Menggunakann tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Depth dan swafoto 20MP.

Dimuatkan dengan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar dan pengecasan berbalik 18W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti NFC, penarafan IP66, RI Blaster, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 2.

Manakala untuk POCO M8 Pro 5G, ia dilengkapi dengan skrin 6.83-inci dengan rersolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3200 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 2.2.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 100W dan pengecasan berbalik 22.5W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti NFC, penarafan IP66, WiFi 6, RI Blaster, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 2.

Di Malaysia, POCO M8 5G dijual pada harga bermula RM999 (8GB + 256GB) dan RM1199 (8GB + 512GB). Untuk POCO M8 Pro 5G pula dijual pada harga bermula RM1199 (8GB + 256GB) dan RM1499 (12GB + 512GB). Seiring dengan ketibaannya, peranti ini dibeli dengan harga promosi RM859 (8GB + 256GB) dan RM959 (8GB + 512GB) untuk POCO M8 5G dan RM1099 (8GB + 256GB) dan RM1299 (12GB + 512GB) untuk POCO M8 Pro 5G.

ARTIKEL BERKAITAN