Close

WhatsApp perkenal ciri baru – Fokus untuk ‘Group chats’

WhatsApp memperkenalkan tiga ciri baru yang memfokuskan kepada kumpulan sembang atau group chats.

Ciri pertama yang diperkenalkan adalah Member Tags, pengguna kini boleh menetapkan tag atau peranan pada diri sendiri dalam sesebuah kumpulan, sebagai contoh ketua pasukan, guru atau sebagainya.

Ciri ini dilihat memudahkan pengguna lain mengetahui posisi atau tugas anda dalam sesebuah kumpulan. Menariknya, penggunaan tag ini boleh dibezakan mengikut kumpulan. Ciri kedua yang diperkenalkan adalah Text Stickers, pengguna boleh menukar mana-mana teks menjadi pelekat dengan hanya menaip perkataan pada fungsi carian pelekat.

Pelekat teks yang telah dihasilkan boleh terus disimpan tanpa perlua menghantar kepada pengguna lain terlebih dahulu. Ciri ketiga yang diperkenalkan adalah Event Reminders, membolehkan pengguna menetapkan peringatan awal apabila mencipta acara dalam kumpulan. Mengurangkan risiko atau masalah ahli kumpulan terlupa tentang acara penting yang telah dirancang.

Ciri ini diperkenalkan untuk menjadikan komunikasi lebih teratur, kreatif dan mudah untuk diuruskan.

ARTIKEL BERKAITAN