ASUS melalui jenama gaming mereka iaitu Republic of Gamers (ROG) secara rasmi memperkenalkan XREAL R1.

Cermin mata gaming ini dihasilkan dengan kerjasama XREAL, memfokuskan kepada permainan video. Merupakan cermin mata gaming pertama di dunia yang menggunakan panel micro-OLED dengan paparan 240Hz, boleh digunakan bersama PC, konsol atau peranti mudah alih gaming seperti ROG Ally.

Peranti ini boleh disambungkan dengan skrin maya bersaiz sehingga 171-inci pada jarak 4 meter dan menyokong paparan keluar pada resolusi 4K 60Hz, sesuai untuk kandungan multimedia atau konsol. Dikuasakan dengan cip X1 spatial co-proscessing dengan kemampuan 3 Degrees of Freedom (3DoF) dan kependaman motion-to-photo hanya 3ms.


ROG XREAL R1 boleh disambungkan ke PC dan konsol melalui ROG Control Dock yang dilengkapi dengan 1x sambungan DisplayPort 1.4 dan 2x sambungan untuk HDMI 2.0. Konsol mudah alih iaitu ROG Ally ia boleh disambungan dengan lebih mudah melalui USB-C yang menawarkan kawalan sentuhan penuh tanpa konfigurasi tambahan.

Selain itu, peranti ini turut dimuatkan dengan teknologi electrochromic lens, boleh laras tahap kegelapan dan ketelusan mengikut keadaan cahaya. ROG XREAL R1 menggunakan sistem audio dari Bose yang menawarkan pengalaman bunyi yang lebih baik dan lebih jelas.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga jualan rasmi yang dikongsi. Namun, ASUS menyatakan ROG XREAL R1 akan tiba ke pasaran global pada separuh pertama 2026. Peranti ini dipamerkan secara langsung di acara CES 2026 yang diadakan di Las Vegas.