Kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen bakal memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baru dalam dalam tempoh enam bulan lagi.
Penambahbaikkan ini untuk memperkukuhkan lagi tahap keselamatan dokumen selaras dengan perubahan teknologi dan keperluan semasa, dalam masa yang sama membanteras pemalsuan MyKad.

Menurut Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pelaksanaan ini antara pencapaian penting kerajaan. Ketika ini, pasport Malaysia berada di kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia. Dalam tempoh enam bulan akan datang kita akan menerima passport berwajah baru dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Beliau turut menyatakan, proses pembaharuan itu melibatkan penyediaan spesifikasi pengguna oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, yang telah dibangunkan dan diperakui. Kerajaan akan memaklumkan lebih awal mengenai perlaksanaan ini bagi mengelakkan rakyat berpusu-pusu untuk mendapatkan MyKad dan passport baru.
Maklumat lebih lanjut mengenai ciri dan tarikh perlaksanaan akan diumumkan pada masa akan datang.