HONOR bakal memperkenalkan model baru yang akan dipanggil sebagai Magic8 Pro Air. Seperti namanya, model ini memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan ringan, akan diperkenalkan pada 19 Januari 2026 di China.

Magic8 Pro Air akan hadir dengan rekaan yang nipis 6.3mm dengan berat sekitar 155 gram sahaja, menjadikan ia fon andalan paling ringan dalam kelasnya. Hadir dengan rekan modul kamera berbentuk pil yang mirip seperti siri Google Pixel 10.
Peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama berkemungkinan 50MP 1/1.3-inci. Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh HONOR buat masa ini.
Namun begitu, ada laporan mendedahkan peranti ini akan dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 dan bateri 5500mAh. Selain itu, peranti ini akan menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.3-inci. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi dari masa ke semasa.