Close

Apple umum kerjasama dengan Google – Guna Gemini untuk Apple Intelligence

Apple mengumumkan kerjasama strategik dengan Google, sekali gus membolehkan teknologi kecerdasan buatan (AI) Gemini untuk digunakan pada Apple Intelligence.

Melalui kerjasama ini, teknologi kecerdasan buatan (AI) dari Google iaitu Gemini akan digunakan sebagai asas kepada Apple Foundation Models. Apple akan menggunakan model ini pada Apple Intelligence dan Siri generasi baru yang akan diumumkan pada tahun ini.

Integrasi Gemini bakal menjadikan Siri lebih pintar, responsif dan memahami arahan pengguna dengan lebih mendalam. Apple menyatakan, teknologi yang ditawarkan oleh Google sesuai untuk memberikan pengalaman AI generasi baru kepada pengguna.

Pemilihan Gemini juga menunjukkan perubahan pendekatan Apple dalam pembangunan AI, lebih terbuka untuk bekerjasama dengan pihak ketiga dalam mempercepatkan inovasi. Persoalannya kini, bilakah Siri baru akan diperkenalkan secara rasmi?

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN