Close

Xiaomi 17 Max dijangka hadir dengan bateri 8000mAh

Xiaomi 17 Max bakal menjadi model terbaru yang akan diperkenalkan oleh Xiaomi. Model ini akan memfokuskan kepada kapasiti bateri yang besar iaitu 8000mAh.

Menurut laporan, Xiaomi 17 Max akan menjadi peranti dengan kapasiti bateri paling besar dalam siri Xiaomi 17. Dimuatkan dengan bateri 8000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 100W serta pengeasan tanpa wayar 50W.

Xiaomi 17 Max dikatakan berkongsi rekaan yang hampir sama seperti Xiaomi 17 dan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Menariknya, Xiaomi 17 Max akan dilengkapi dengan kamera telefoto periskop untuk menawarkan kemampuan zum yang lebih baik, membezakan dengan model standard.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran Xiaomi 17 Max. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN