Proton secara rasmi membuka pra-tempahan untuk e.MAS 7 Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV), merupakan kereta hibrid pertama dari Proton.

e.MAS 7 PHEV dibina berasaskan kepada platform Global Modular Architecture (GMA). Menggunakan sistem dwi-kuasa PHEV yang mengutamakan pemanduan elektrik dengan sokongan enjin petrol untuk fleksibiliti jarak jauh.

e.MAS 7 PHEV ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu Prime, Premium dan juga Premium+. Untuk varian Premium+, ia dilengkapi dengan bateri 29.8kWh yang mampu bergerak sehingga 146 km (WLTP), jarak keseluruhan mencecah sekitar 905 km (WLTP). Menggunakan teknologi bateri LFP Geely Aageis Short Blade yang menyokong pengecasan DC sehingga 60 kW.

Untuk model Prime dan Premium, ia dimuatkan dengan bateri LFP 18.4kWh dari CATL yang mampu bergerak sehingga 83 km (WLTP). jarak keseluruhan mencecah sekitar 850 km (WLTP). Menyokong pengecasan pantas DC 30 kW yang mampu mengecas 30% hingga 80% dalam masa 30 minit.
Untuk trenkuasa, ketiga-tiga varian ini menggunakan enjin 1.5L 4-siliner Dedicated Hybrid Engine (DHE) yang digabungkan dengan motor elektrik yang menghasilkan kuasa 193 kW dan tork 262 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 8 saat dengan kelajuan maksimum 170 km/j.

Harga jualan rasmi tidak didedahkan namun harga anggaran untuk e.MAS 7 PHEV bermula sekitar RM110 hingga RM130K. Bagi yang berminat, e.MAS 7 PHEV kini boleh dipra-tempah dengan deposit RM99 termasuk rebat RM500 untuk 5000 pelanggan terawal.