Close

RedMagic 11 Air akan diperkenalkan pada 20 Januari ini

nubia secara berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu RedMagic 11 Air pada 20 Januari ini di China.

Seperti namanya, RedMagic 11 Air memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan juga ringan. Walaupun spesifikasi penuh belum didedahkan, namun nubia menyatakan peranti ini akan menawarkan prestasi setanding peranti andalan dengan pelbagai ciri yang memfokuskan kepada permainan.

RedMagic 11 Air dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB. Menggunakan skrin 6.85-inci, bateri 7000mAh, pengecasan pantas 120W dan menyokong kipas penyejuk secara terbina. Dari segi rekaan, RedMagic Air 11 dikatakan hanya setebal 7.85mm dengan berat sekitar 207 gram.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN