Close

Astro tamatkan jualan dan pendaftaran baru Astro Fibre – Berkuat kuasa 1 Februari 2026

Astro akan menamatkan jualan dan pendaftaran pelanggan baru untuk Astro Fibre bermula 1 Februari 2026, sehingga ke suatu tarikh kelak.

Langkah atau perubahan tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan syarikat. Walau bagaimanapun, perubahan atau perlaksanaan ini tidak memberi kesan kepada pelanggan sedia ada, termasuk yang mendaftar sebelum 1 Februari 2026.

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna akan kekal seperti biasa dan sokongan penuh, termasuk pemulihan, pemindahan (relokasi) dan sokongan pelanggan akan diteruskan. Astro menyatakan yang mereka sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan dan sokongan yang terbaik kepada semua pelanggan Astro Fibre.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN