Close

Rekaan Google Pixel 10a tertiris

Rekaan yang didakwa sebagai Pixel 10a telah tertiris, sekali gus mendedahkan rekaan akhir model tersebut.

Melalui rekaan yang tertiris, memperlihatkan Pixel 10a hadir dengan rekaan yang hampir sama seperti generasi sebelumnya iaitu Pixel 9a. Tiada sebarang perubahan rekaan yang ketara dilakukan oleh Google pada Pixel 10a.

Perkara ini sejajar dengan kenyataan dari Google yang menyatakan perubahan rekaan pada Pixel hanya akan diubah setiap dua atau tiga tahun. Memandangkan Pixel 9a telah menerima pembaharuan dari segi rekaan, jadi Pixel 10a kekal dengan rekaan yang sama.

Pixel 10a dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci dengan paparan 120Hz. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 13MP Ultra Lebar. Rekaan modul kamera dilihat sedikit lebih besar tetapi kekal dengan rata seperti model sebelumnya.

Pixel 10a berkemungkinan dikuasakan dengan cip Tensor G5 dan ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Obsidian, Berry, Fog dan Lavender. Pixel 10a dijangka akan tiba pertengahan Februari 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN