Shopee bakal menaikkan caj komisen kepada penjual. Kenaikkan caj tersebut akan dikenakan bergantung kepada jenis atau kategori produk dan akan berkuat kuasa bermula 1 Februari 2026.

Menurut Shopee, pelarasan semula caj komisen ini melibatkan semua penjual termasuk yang menyertai program ‘cashback’ ataupun tidak. Antara produk yang terkesan dengan kenaikan ini adalah elektronik, FMCG dan gaya hidup.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan caj komisen untuk produk fashion bagi penjual Shopee Marketplace. Selain itu, caj baru ini hanya akan dikenakan kepada penjual yang telah beroperasi lebih dari 120 hari. Bermula dari tarikh penyenaraian produk pertama penjual di platform Shopee.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, boleh layari laman rasmi Shopee.