Close

TCL bakal ambil alih perniagaan TV dari Sony

TCL mengumumkan rancangan untuk mengambil alih perniagaan hiburan rumah dari Sony, merangkumi perniagaan televisyen dan peralatan audio rumah.

Kedua-dua syarikat tersebut akan membentuk satu usahasama (joint venture) dengan TCL akan memegang 51% pegangan saham dan selebihnya dipegang oleh Sony. Dengan pegangan saham 51% TCL akan menjadi pemegang utama dalam usahsama ini.

Melalui usahasama ini, satu syarikat baru akan dibentuk dan akan diumumkan selepas perjanjian dimuktamadkan pada penghujung Mac ini. Walaupun berada di bawah syarikat baru, produk yang akan diperkenalkan akan kekal menggunakan penjenamaan Sony dan Bravia.

Syarikat baru ini dijangka akan mula beroperasi secara rasmi pada April 2027, namun tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kawal selia dan beberapa syarat perkongsian lain.

Maklumat lebih lanjut mengenai usahasama ini dijangka akan diumumkan selepas perjanjian kedua-dua syarikat dimuktamadkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN