Peranti baru iaitu RedMagic 11 Air secara rasmi tiba ke pasaran China. Berbeza dengan peranti RedMagic yang lain, model Air memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan ringan dalam masa yang masih menawarkan ciri fon gaming.

RedMagic 11 Air tampil dengan rekaan yang nipis dengan 7.85mm dan berat 207 gram. Dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP yang diletakkan di bawah skrin. Walaupun hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan, peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar 7000mAh yang menyokong pengecasan 120W.

Peranti ini turut dilengkapi dengan shoulder trigger dan juga sistem penyejukan dengan kipas yang mampu berpusing sehingga 2400 RPM. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti penarafan IP54, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC dan menjalankan RedMagic OS 11.0 berasaskan Android 16.
Di China, RedMagic Air 11 dijual pada harga bermula sekitar CNY3499 (RM2032) dan ditawarkan dengan dua pilihan warna Quantum Black dan Stardust White. Tidak dapat dipastikan, adakah peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran global atau sebaliknya.