Peranti andalan Samsung seterusnya iaitu siri Galaxy S26 dijangka akan diperkenalkan pada 25 Februari ini.
No big surprise here, right? Galaxy S26 family + Galaxy Buds4 lineup launching 25 February. pic.twitter.com/op2gdZMpp3
— Evan Blass (@evleaks) January 29, 2026
Menurut maklumat yang didedahkan, acara pelancaran siri Galaxy S26 akan berlangsung pada 25 Februari 2026. Pada acara ini, Samsung dijangka akan memperkenalkan barisan baru peranti mereka iaitu Galaxy S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra.

Malangnya tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi, namun siri Galaxy S26 berkemungkinan hadir dengan cip Snadpragon 8 Elite Gen 5. Selain itu, siri Galaxy S26 akan dilengkapi dengan ciri ‘Privacy Display’ iaitu sistem privasi skrin yang menghalang pengguna atau orang sekeliling dari melihat kandungan pada skrin.
Selain siri Galaxy S26, Samsung turut dijangka akan memperkenalkan TWS baru iaitu siri Galaxy Buds4.