Samsung turut memperkenalkan TWS generasi baru iaitu Galaxy Buds4 dan Galaxy Buds4 Pro. Tampil dengan pelbagai peningkatan merangkumi kualiti bunyi yang lebih dan rekaan yang lebih selesa.

Siri Galaxy Buds4 hadir dengan rekaan ‘Buds Blade Design’, dibangunkan berdasarkan kepada analisis ratusan juta bentuk telinga pengguna global untuk memberi keselesaan yang lebih baik dan stabil untuk penggunaan jangka masa panjang.

Untuk Galaxy Buds4 Pro, ia menggunakan konsep rekaan canal-fit dengan sistem 2-way speaker. Menggabungkan Woofer 11mm untuk bass yang lebih dalam dan Tweeter untuk treble yang lebih terperinci. Dilengkapi dengan tiga mikrofon terbina bersama sokongan audio 24-bit Hi-Fi dan 360 Audio dengan Direct Multi-Channel, bergantung kepada peranti Galaxy dan versi One UI. Selain itu, turut menyokong pelbagai codec termasuk HiFi/SSC UHQ/AAC/SBC/LC3 dan Auracast.

Manakala Galaxy Buds4 menggunakan rekaan open-fit dengan sistem 1-way speaker, sesuai untuk penggunaan kasual dan seimbang. Turut menyokong audio 24-bit Hi-Fi dan 360 Audio dengan Direct Multi-Channel bergantung kepada peranti Galaxy dan versi One UI.

Siri Galaxy Buds4 menyokong Enhanced Adaptive ANC dan Adaptive EQ yang boleh menyesuaikan bunyi secara masa nyata berdasarkan bentuk telinga dan cara pemakaian pengguna. Keupayaan ANC kini lebih berkesan dalam menapis bunyi frekuensi rendah seperti enjin bas, kereta api atau kapal terbang sambil mengekalkan keseimbangan audio.

Untuk ketahanan bateri, Buds4 Pro mampu bertahan sehingga 31 jam penggunaan. Sementara, Buds4 pula mampu bertahan sehingga 30 jam penggunaan dengan ciri ANC dimatikan. Siri Galaxy Buds4 dijual pada harga RM699 (Buds4) dan RM999 (Buds4 Pro).
Siri Samsung Galaxy Buds4 boleh dipra-tempah bermula 26 Februari 2026 dengan jualan umum bermula 11 Mac 2026. Setiap pra-tempahan akan menerima tawaran eksklusif termasuk diskaun 10% apabila membeli bersama model terpilih daripada siri Galaxy S dan Z.