POCO secara rasmi memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan melalui model siri X. Hadir dengan dua pilihan model iaitu POCO X8 Pro dan POCO X8 Pro Max.

POCO X8 Pro Max hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500s yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Light Fusion 600 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri 8500mAh yang menyokng pengecasan pantas 100W dengan pengecasan berbalik 27W.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti penarafan IP66/IP68/IP69/IP69K, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC dan juga sistem operasi Xiaomi HyperOS 3.

Sementara, untuk POCO X8 Pro ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 2000 nits. Dijana dengan cip Dimensity 8500-Ultra yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W dan pengecasan berbalik 27W.
Turut hadir dengan beberapa spesifikasi lain seperti penarafan IP66/IP68/IP69/IP69K, pengimbas cap jari dalam skrin, pembesar suara stereo, sokongan NFC dan menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 3.

Di Malaysia, POCO X8 Pro dijual pada harga RM1499 (8GB + 256GB) dan RM1699 (8GB + 512GB). Manakala untuk POCO X8 Pro Max, ia dijual pada harga RM1999 (12GB + 256GB) dan RM2199 (12GB + 512GB).
Sempena ketibaan, peranti ini ditawarkan pada harga promosi RM1299 (8GB + 256GB) dan RM1499 (8GB + 512GB). Manakala untuk Poco X8 Pro Max pula, ia ditawarkan pada RM1699 (12GB + 256GB) dan RM1799 (12GB + 512GB).