Close

Nothing mungkin perkenal AI Glasses pada 2027

Nothing AI Glasses dijangka bakal menjadi peranti seterusnya yang akan diperkenalkan oleh Nothing.

Menurut laporan, Nothing sedang membangunkan AI Glass yang dijangka akan diperkenalkan pada 2027. Nothing AI Glasses dijangka akan dilengkapi dengan kamera, mikrofon dan juga pembesar suara terbina seperti mana konsep yang digunakan pada kebanyakkan cermin mata pintar.

Walau bagaimanapun, kemampuan AI pada peranti ini tidak bergantung sepenuhnya kepada perkakasan. Sebaliknya, ia akan bergantung pada telefon pintar yang dipadankan dengan pemporsesan awan untuk tugasan berasaskan AI.

Pendekatan ini dikatakan mampu memberi pengalaman AI yang lebih pratikal tanpa perlu menghasilkan peranti yang terlalu besar atau berat untuk dipakai secara harian. Menariknya, Nothing AI Glasses akan turut membawakan rekaan atau identiti ikonik Nothing.

Sekiranya laporan ini tepat, Nothing bakal menjadi pesaing kepada Meta, Apple, Google dan Samsung yang dilihat semakin agresif dalam kategori peranti AI boleh pakai.

ARTIKEL BERKAITAN