Close

vivo Y600 Pro bakal hadir dengan bateri 10,000mAh

vivo telahpun berkongsi maklumat awal mengenai peranti baru mereka iaitu Y600 Pro. Rekaan peranti ini telahpun didedahkan, namun perkara paling menarik pada peranti ini adalah bateri.

vivo mengesahkan, Y600 Pro akan dilengkapi dengan bateri yang besar iaitu 10,000mAh. Sekali gus, menjadikan peranti terbaru hadir dengan kapasiti bateri 10,000mAh. Dari segi pengecasan, Y600 Pro akan menyokong pengecasan 90W.

Y600 Pro akan didatangan dengan pilihan warna ungu dengan rekaan modul kamera jenis bulat dan terdapat kemasan warna emas disekelilingnya. Untuk spesifikasi, Y600 Pro berkemungkinan hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.6-inci, paparan 120Hz, kamera utama 50MP dan dikuasakan dengan cip Dimensity 7400.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN