OPPO secara rasmi mengumumkan peranti andalan paling premium mereka iaitu Find X9 Ultra. Model ini bukan hanya hadir dengan spesifikasi yang berkuasa tetapi turut membawakan kemampuan fotografi yang lebih baik.

Untuk spesifikasi, OPPO Find X9 Ultra hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi QHD+. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak HDR sehingga 3600 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

OPPO Find X9 Ultra dilengkapi dengan New-Generation Hasselblad Master Camera System, yang mampu memberikan hasil imej terbaik dalam pelbagai situasi. Peranti ini menggunakan tetapan dwi-sensor 200MP + 50MP Telefoto dengan zum optik 10x + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP.

Peranti ini turut hadir dengan teknologi baru yang dipanggil sebagai Quintuple Prism Reflection Periscope Structure. Untuk video, peranti ini menyokong rakaman 4K 60fps Dolby Vision HDR atau 8K 30fps dengan sokongan O-Log2. OPPO turut bekerjasama dengan Meta untuk membolehkan perkongsian video melalui Instagram dioptimasikan.

Tidak ketinggalan, peranti ini turut hadir dengan beberapa ciri AI baru seperti Live
AI Mind Space, AI Bill Manager dan AI Menu Translation. Dimuatkan dengan bateri 7050mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Spesifikasi lain, ia hadir dengan penarafan IP66. IP68 dan IP69, pengimbas cap jari ultrasonik, NFC, WiFi 7, Bluetooh 6.0 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16. OPPO turut memperkenalkan aksesori baru iaitu Explores Case dengan butang kamera fizikal dan Teleconverter 300mm.

OPPO Find X9 Ultra ditawarkan pada harga RM6799 dengan dua pilihan warna iaitu Tundra Umber dan Canyon Orange. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 21 April hingga 7 Mei. Setiap pra-tempahan akan menerima naik taraf kepada storan 1TB secara percuma.