Close

Xiaomi 17T Pro dikesan melepasi SIRIM Malaysia

Xiaomi 17T Pro dijangka tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

Melalui penyenaraian, peranti tersebut dikesan menggunakan kod nama 2602EPCOG (Xiaomi 17T Pro) dan didaftarkan di bawah syarikat Xiaomi Technologies Malaysia Sdn Bhd. Selain itu, peranti ini telah melepasi SIRIM pada 2 April 2026 dengan kod kelulusan RGQL/77K/0326/S(26-1459)

Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan, namun peranti ini berkemungkinan hadir dengan cip dari MediaTek iaitu Dimensity 9500 dan dimuatkan dengan bateri 8500mAh yang menyokong pengecasan 100W.

Xiaomi dijangka akan turut memperkenalkan satu lagi pilihan model iaitu Xiaomi 17T, dijana dengan cip Dimensity 8500, bateri 6500mAh, kamera utama 50MP dan menyokong pengecasan 67W.

ARTIKEL BERKAITAN