Close

WeChat kini menyokong DuitNow QR

WeChat kini mengintegrasikan sistem pembayaran DuitNow QR sekali gus membolehkan pengguna membuat pembayaran rentas sempadan dengan lebih lancar.

Melalui kemas kini ini, pengguna WeChat Pay kini boleh membuat pembayaran dengan hanya mengimbas kod DuitNow QR tanpa perlu menukar aplikasi. Integrasi ini tidak hanya ditawarkan di Malaysia sahaja, sebaliknya ia turut tersedia di beberapa negara Asia seperti di Thailand, Singapura, Sri Lanka dan Korea Selatan.

Integrasi ini mencerminkan usaha WeChat dalam menghubungkan ekosistem pembayaran digital di Asia dalam masa memudahkan lagi pembayaran secara rentas platform. Selain itu, integrasi ini berpotensti untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN