Close

WhatsApp mula menguji pelan langganan berbayar

WhatsApp dilaporkan sedang menguji perkhidmatan langganan baru mereka yang dipanggil sebagai WhatsApp Plus.

Berdasarkan dari laporan, ujian tersebut telahpuh dilakukan secara berperingkat pada pengguna Android Beta. Seperti namanya, WhatsApp Plus menawarkan pelbagai ciri tambahan untuk menjadikan ia lebih berbaloi dan menarik berbanding versi percuma.

Antara ciri menarik yang akan ditawarkan pada WhatsApp Plus adalah seperti sokongan 18 pilihan tema eksklusif, sokongan ubah suai ikon, dan juga pelekat khas. Bukan itu sahaja, pengguna WhatsApp Plus boleh melakukan pin sehingga 20 mesej berbanding 3 untuk pengguna percuma.

Tidak ketinggalan, WhatsApp Plus akan turut menyokong nada dering eksklusif dan juga sokongan tema dan notifikasi yang boleh diubah suai pada kumpulan dan juga mesej peribadi. Untuk privasi, ia kekal memyokong penyulitan hujung‑ke‑hujung (E2EE) untuk mesej dan panggilan suara.

Untuk penawaran harga, ia bermula sekitar €2.49 (RM11.59) sebulan di Eropah. Secara asasnya, WhatsApp Plus bukan wajib dilanggan sebaliknya ia ada pilihan kepada pengguna yang mahukan lebih penyesuaian dan juga kawalan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN