Close

Apple Tap to Pay kini tersedia di Malaysia

Apple mengumumkan ketibaan ciri baru iaitu Tap to Pay on iPhone di Malaysia. Ciri ini membolehkan peniaga menerima pembayaran tanpa sentuh dengan menggunakan iPhone.

Seperti namanya, ciri ini tidak memerlukan perkakasan atau terminal tambahan sebaliknya ia hanya menggunakan iPhone. Untuk menerima pembayaran, pelanggan hanya perlu ‘tap’ kad debit/kredit, iPhone, Apple Watch atau dompet digital pada iPhone peniaga dan transaksi akan diselesaikan melalui teknologi NFC.

Walau bagaimanapun, ciri ini hanya tersedia pada model iPhone 11 dan ke atas yang menjalankan versi iOS yang terkini. Tap to Pay menyokong pelbagai rangkaian pembayaran antaranya Visa, Mastercard, American Express, MyDebit, UnionPay dan JCB. Selain itu, beberapa platform telahpun menyokong ciri ini antaranya Stripe, Zoho, HitPay. ADAPTIS dan Fiuu.

Apple menyatakan, semua transaksi yang dilakukan akan disulitkan sepenuhnya dan diproses menggunakan Secure Element.

ARTIKEL BERKAITAN