Close

DJI Lito X1 dan Lito 1 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1189

DJI memperkenalkan siri dron Lito yang memfokuskan kepada pengguna baru atau permula dan ia diposisikan di antara DJI Mini 4K dan DJI Mini 5.

Siri dron Lito hadir dengan dua pilihan model iaitu Lito X1 dan Lito 1. Kedua-dua dron ini berkongsi spesifikasi yang hampir sama dengan berat sekitar 249 gram dan dilengkapi dengan sistem pengesanan halangan omnidirectional.

Lito X1 merupakan model paling premium, hadir dengan sensor 48MP 1/1.3-inci CMOS dengan apertur f/.17. Untuk rakaman video, ia menyokong 4K 60fps HDR, 4K 120fps untuk gerak perlahan serta 10-bit D-Log M.

Manakala untuk Lito 1, ia dilengkapi dengan sensor 48MP 1/2-inci CMOS dengan apertur f/1.8 yang menyokong rakaman foto pada resolusi 8K dan video pada 4K 100fps. Selain itu, Lito X1 hadir dengan storan dalaman 42GB, sementara Lito 1 menyokong storan melalui kad mikroSD.

Siri dron Lito turut hadir dengan pelbagai ciri pintar seperti ActiveTrack360°, QuickShots, MasterShots, Hyperlapse dan Panorama. Ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan rakaman sinematik secara automatik. Dari segi ketahanan bateri, siri Lito ini mampu menawarkan penerbangan sehingga 36 minit dengan rintangan angin sehingga 10.7 m/s.

Jika merujuk kepada laman Shopee, Lito X1 dijual pada harga bermula RM1479 manakala untuk Lito 1 pula ia dijual pada harga bermula RM1189.

ARTIKEL BERKAITAN