Close

Cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 mungkin akan dihasilkan oleh Samsung

Qualcomm dikatakan sedang mempertimbangkan untuk kembali bekerjasama dengan Samsung dalam menghasilkan cip andalan mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 6.

Laporan tersebut timbul selepas CEO Qualcomm iaitu Cristiano Amon dikatakan berada di Korea untuk bertemu dengan eksekutif Samsung bagi membincangkan pengeluaran cip menggunakan teknologi binaan 2nm.

Sekiranya laporan ini tepat, Qualcomm akhirnya kembali menggunakan Samsung sebagai pengeluar cip selepas kali terakhir pada 2022. Sebelum ini, Qualcomm beralih ke TSMC disebabkan oleh Samsung gagal mencapai kadar pengeluaran cip dan masalah overheating.

Namun begitu, ketika ini Samsung dikatakan telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan proses pembuatkan kini lebih stabil. Penggunaan teknologi 2nm dijangka akan membawa peningkatan prestasi yang lebih tinggi, kecekapan tenaga yang lebih baik dan pengurusan haba yang lebih stabil.

Kos pengeluaran TSMC yang semakin meningkat mendorong Qualcomm untuk mempertimbangkan Samsung sebagai alternatif untuk pengeluaran cip andalan mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN