Close

Apple mungkin perkenal iPhone edisi khas pada 2027

Apple mungkin akan memperkenalkan model istimewa atau edisi khas bersempena ulang tahun ke-20 iPhone pada 2027.

Menurut laporan, model istimewa ini bakal hadir dengan rekaan skrin baru yang lebih futuristik. Rekaan skrin baru yang mungkin akan digunakan adalah jenis quad-curved display. Menariknya, Apple dikatakan telah berkerjasama dengan Samsung untuk membangunkan teknologi skrin tersebut.

Skrin ini akan direka oleh Apple dengan lengkungan khas bagi memberikan pengalaman visual yang lebih imersif. Selain itu, panel skrin ini tidak mempunyai polarizer untuk menjadikan skrin lebih nipis dan lebih cekap tenaga.

Model istimewa ini berkemungkinan akan dikenali sebagai iPhone 20. Jika laporan ini tepat, iPhone 20 akan menjadi iPhone dengan perubahan rekaan terbesar dalam sejarah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN