Close

Aplikasi MyJPJ kini hadir dengan antara muka baru

Aplikasi MyJPJ kini hadir dengan kemas kini baru yang menawarkan antara muka yang lebih moden dan juga mesra pengguna.

Melalui kemas kini ini, ia hadir dengan antara muka yang lebih kemas dengan menyokong beberapa akses pantas seperti semakan lesen, pembaharuan lesen, status LKM, pembaharuan LKM dan sebagainya. Terdapat juga akses pantas untuk menu antaranya seperti peti masuk, direktori dan juga profil.

Bukan itu sahaja, aplikasi MyJPJ ini turut hadir dengan sokongan chatbot yang dipanggil sebagai FIFI AI Chatbot. Selain itu, ia turut menyokong ‘guest mode’ untuk membolehkan pengguna mengakses aplikasi tanpa log masuk.

Untuk mencuba antara muka baru ini, muat-turut atau kemas kini aplikasi MyJPJ di Google Play Store atau Apple App Store.

ARTIKEL BERKAITAN