Close

Infinix GT 50 Pro akan tiba di Malaysia pada 5 Mei ini

Infinix Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu Infinix GT 50 Pro pada 5 Mei ini.

Peranti ini memfokuskan kepada permainan dengan pelbagai ciri menarik yang dibawakan antaranya sistem ‘HydroFlow Liquid Cooling Architecture’ yang direka untuk mengawal suhu dan memastikan peranti kekal stabil.

Selain itu, ia turut menyokong Native 144FPS yang menawarkan pengalaman paparan yang lebih lancar dan imersif. Menariknya, ciri ini menyokong beberapa permainan popular antaranya Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire, Call of Duty: Mobile, Bloodstrike, Standoff 2 dan Arena Breakout.

Bukan itu sahaja, Infinix GT 50 Pro turut dilengkapi dengan Open-Cut Pressure-Sense GT Trigger yang menyokong teknologi tekanan dua tahap untuk kawalan yang responsif. GT Trigger ini turut boleh ditetapkan untuk beberapa fungsi lain seperti kawalan media, mengaktifkan pembantu maya dan melancarkan aplikasi.

ARTIKEL BERKAITAN