Close

WhatsApp bakal tamatkan sokongan peranti lama – Ini yang perlu anda tahu

WhatsApp akan menghentikan sokongan untuk peranti yang menjalankan sistem operasi versi lebih lama daripada Android 6.0.

Bermaksud, peranti yang menjalankan sistem operasi Android 5.0 atau Android 5.1 tidak lagi menyokong aplikasi WhatsApp, bermula 8 September 2026. Selepas tarikh tersebut, peranti dengan sistem operasi versi lebih lama tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.

Langkah ini seiring dengan usaha WhatsApp yang memperkenalkan pelbagai ciri baru yang memerlukan prestasi dan keupayaan sistem yang lebih tinggi. Penambahan ciri ini memerlukan teknologi terkini dan sekali gus menyukarkan peranti lama untuk menampung keperluan tersebut.

Bagi pengguna yang terjejas, anda disarankan utnuk membuat proses backup terlebih dahulu sebelum beralih ke peranti atau sistem operasi yang lebih terkini.

Sekiranya anda masih menggunakan peranti dengan sistem operasi yang lebih lama, ini mungkin waktu yang sesuai untuk menaik taraf peranti atau mengemas kini sistem operasi yang lebih terkini.

ARTIKEL BERKAITAN