Close

REDMI Pad 2 9.7″ tiba di Malaysia dengan harga bermula RM549

Sub-jenama Xiaomi iaitu REDMI telah memperkenalkan tablet baru mereka ke pasaran tempatan melalui model REDMI Pad 2 9.7″ Hadir dengan spesfikasi yang menarik dan ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu WiFi dan 4G.

REDMI Pad 2 hadir dengan skrin bersaiz 9.7-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6s Gen 2 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Dimuatkan dengan bateri 7600mAh yang menyokong pengecasan 18W. Tablet ini dilengkapi dengan kamera belakang 8MP dan kamera swafoto 5MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti empat pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm dan menjalankan HyperOS 3.

Di Malaysia, Redmi Pad 2 9.7″ untuk varian WiFi ia dijual pada harga RM549 manakala untuk 4G pula dijual pada harga RM649. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi Xiaomi Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN