COROS memperkenalkan PACE 4 Black Crystal, versi baru yang tampil dengan rekaan yang lebih premium dan lebih lasak.

COROS PACE 4 Black Crystal hadir dengan beberapa peningkatan lebih baik berbanding model yang diperkenalkan pada Disember tahun lalu. Versi baru ini dilengkapi dengan bezel aluminium 6000-series yang mempunyai salutan nipis untuk memberi pelindungan terhadap calar dan juga peluh.

Penyambung tali jam turut direka semula menggunakan teknologi dua tona menjadikan ia nampak seperti lutsinar dengan kesan berlapis. Selain itu, tali jam turut hadir dengan rekaan corak baru yang lebih kukuh dan lebih tahan lama.

COROS PACE 4 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.2-inci dengan resolusi 390 x 390 dan menyokong kecerahan puncak 1500 nits. Peranti ini dilengkapi dengan sensor baru untuk pemantauan suhu badan, denyutan jantung, pulse oximeter dan lain-lain.
Turut menyokong pelbagai mod aktiviti seperti berbasikal, larian denai, larian luar, berenang dan sebagainya. Sokongan fungsi latihan turut tersedia yang merangkumi ramalan perlumbaan, virtual pacer, VO2 Max, analisis pemulihan dan lain-lain.

Terdapat ciri lain seperti sokongan mikrofon terbina yang memboleh ia merakam log latihan, arahan suara dan menyimpan voice pins. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 41 jam dengan mod GPS, 30 jam dengan fungsi Always On Display (AOD) diaktifkan, 14 jam dengan mod GPS penuh. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong penarafan 5 ATM sekaligus membolehkan ia digunakan untuk aktiviti air dan menyokong storan dalaman 4GB.
Untuk harga jualan, COROS PACE 4 Black Crsytal dijual pada harga RM1399 degan setiap pembelian akan disertakan fon kepala Pangu Running Run 3 Sport bernilai RM159 secara percuma untuk masa terhad.